hadrat Allah s.w.t dengan nikmat dan keizinanNYA dapat kita semua
menyambut ketibaan 1 Syawal dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Hari ini, kita diberikan lagi suatu nikmat untuk bergembira bersama
keluarga , sanak saudara dan teman-teman. Namun kita juga berasa sedih
dengan meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan kesedaran
rohani.
Ramadhan adalah bulan dan masa yang amat sesuai untuk kita semua
meningkatkan ilmu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kita
sedar bahawa bulan ramadhan ini juga adalah tempat para pejuang yang
mahu menegakkan keadilan dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan
fitnah dunia yang mencengkam kebebasan dan kemerdekaan rakyat.
Dalam kita bergembira dalam menyambut kehadiran Syawal, harus kita
teladani apa yang sedang melanda dunia dan Malaysia khususnya.
Kekangan dan bebanan sara hidup yang semakin meninggi akibat
tatakelola dan perancangan yang tidak dilandasi semangat kerakyatan
dan kesederhanaan. Rakyat terus dibebani dengan kenaikkan harga barang
yang tidak terkawal terutamanya barang keperluan raya yang semakin
hampir. Seharusnya satu mekanisma kawalselia harga ini diperketatkan
dan dipantau agar keperluan rakyat dapat dipenuhi tanpa mengenepikan
hak peniaga.
Kemenangan Ramadhan pastinya terhasil daripada pentarbiyahan sepanjang
Ramadhan yang kemuncaknya disambut dengan sinar Syawal yang
jugamerupakan hari pendamain. Justeru, kehadiran Syawal ini
mengembalikan kita ke asas dan fikrah manusia yang bersih selepas
menjalani latihan dan disiplin sepanjang Ramadhan. Maka dengan berkat
dan fitrah kemenangan inilah yang bakal menjadi bekalan kita agar
Insya Allah kita akan bertemu kembali di Ramadhan yang akan
datang.Semoga peningkatan iman ini berterusan hingga ke Ramadahan yang
akan datang.
Rasulullah SAW menegaskan agar kita mengelakkan diri daripada
terjerumus ke dalam fitnah, seperti sabda Baginda yang bermaksud;-
“Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang
datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi
seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan
pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi
kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia”
Justeru KEADILAN menyeru agar kita tidak terus berpeluk tubuh dan
membiarkan kemarakan fitnah ini membinasakan kebenaran,keadilan dan
perpaduan ummah. Marilah kita terus bersama menghindarkan diri
daripada bersubahat dengan fitnah.
Oleh itu kita perlu begandingan dalam membina keyakinan untuk terus
meneladani kebabasan dan keadilan sejati.
Semoga selamat dalam perjalanan kembali ke kampung halaman dan
berhati-hati selalu. Maaf zahir dan batin. Eid Mubarak!
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
sumber: Keadilan Daily.